Husnudzon selalu .
بسم الله الرحمن الرحيم.
Assalamualaikum , setelah sekian lama cuba mencuri sedikit masa untuk menulis blog baru hari ini diberi peluang. Alhamdulillah. Semoga semua baik baik sahaja berada dalam jagaan Dia yang Maha Esa. Hari ini masa ini aku suka untuk mengupas sedikit cerita berdasarkan tajuk yang cukup pendek dan ringkas that is "husnudzon".
Sebab apa aku pilih tajuk ni? Ya sebab rasanya tajuk ni very close with myself. Emm. Lumrah manusia. Ada dikurniakan akal fikiran memasing. Untuk fikir mana baik mana buruknya kan. Tapi kenapa ye, ramai manusia sekarangg suka untuk suudzon (bersangka buruk). Mengapa kenapa bagaimana? Sebenarnya semuanya berpunca dari diri masing-masing jugak.
Nak simple macam ni la, zaman sekarang kan banyak bab bab "couple islamik" nii. Yang bertudung labuh berniqab pun sama naikk hakakkk. Dating pegang tangan. Bebas. Semua tu menyebabkan imej para muslimah yang tidak bersalah yang lain tu tercemar. Kenapa aku cakap tercemar? Bukan la maksudnya orang jadi pandang hina jugak pada yang bertudung labuh , niqabis yang lain tu tetiba. Tapi cemnii, sekarang mungkin ramai remaja yang nikah muda. Mungkin juga ada yang bertudung labuh, berniqab, then diorang dating pegang tangan dengan husband dia. "Halal kan ? So what ?" Ahahahahaa. Haa ni laaan ni laa yang lain lain pihak diluar sana tu boleh fikir pulak pasangan sipulan sipulan ni couple sedangkan they're married. See ? Nampak tak kat situu.
"Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan, sedangkan kita melakukan dosa dalam mengetahui."
Bersangka baiklah dalam segala hal. Jauhi daripada bercakap perkara buruk pasal orang lain. In shaa Allah kehidupan kita akan lebih bahagia. Disayangi orang lain juga moganya. Jauhi daripada selalu bersangka buruk sebab benda tu jugak boleh menyebabkan kita stress, hidup tak bahagia tak aman damai sentosa. Tolong laaa. Please laa. Tak rasa buang masa aok aokmer yang dah memang terbuang dalam tong sampah tu ke nak sibuk cara hal orang. Tak rasa ke ? Hukhukhuk. Fikir ikut akal.
Sebaiknyaa kita sibuk memperbaiki diri sendiri. Ya memang tak salah nak jadikan orang lain sebagai contoh atau mungkin sebagai pengajaran untuk kita. Tapi macam tulaa. Lu fikirlah sendiri gais. Hehehehe. Last, aku mohon ampun for those yang aku pernah suudzon itu ini. Dan aku juga memaafkan orang yang pernah suudzon pasal aku. Kosong kosong 👌 hehe
Sekian dari hati , insan yang fakir perkataan @arifahusnaa ♡
"Jangan bersangka buruk kepada orang lain hatta saat itu kamu melihat seorang manusia menjerit di atas bukit mengatakan AKULAH TUHAN SEKALIAN ALAM, kerana saat itu mungkin sahaja manusia itu sedang membaca ayat ayat Al Quran."
Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment