Berubah Luaran Juga Dalaman

Bismillahirrahmaanirrahimm. Allahumma solli 'ala saidina wa maulana Muhammad. Segala puji bagi Allah yang memberi segala nikmat buat kita. Nikmat kesihatan yang baik. Nikmat harta yang berkat. Nikmat keluarga yang bahagia. Dan semua nikmat yang tak terkira yang Allah telah limpahkan kepada kita. Dan moganya kita menggunakan segala nikmat yang Allah dah pinjamkan sat kat dunia nii dengan sebaik mungkin. Mashaa Allah awat panjang sangat pembuka cerita. Maklum laa, ceq dah lamaa tak update blog gini laa gaya nyaaaa.

Nak tanya laa kan, hampa semua pernah rasa tak pernah terdetik dalam hati tak rasa nak "berubah"? I means berubah dari zaman neolitik kepada zaman najib? Hohoho. Tak sabit okay pasei zaman tu. Haa yelaa semuaaa orang yes aku yakin semuaa orang mesti pernah terdetik kat dalam hati dia nak berubah ke arah yang lebih, nak berubah menjadi yang lebih baik. Nak nak bila keadaan sekeliling kita ramei orang hok baik baik contohnya. Pakei pakaian tutup aurat pergi majlis ilmu join usrah. Hok lelaki mungkin ada memembe yang kaki surau masjid ke. Mesti ada niat kan nak ikut apa yang membe membe kita buat.

Yee. Bukan la ikut saja. Maksud ceq kat sini kita nak ikut jadi baik jugak laa. Dan sekarang, aku perhati ramai yang berubah secara drastik bermula dengan pakaian. Okay benar. Tepat cara itu. Mulakan dengan pakaian yang menutup aurat. Dari tak pakai tudung, pakai tudung molek labuh menutupi dada. Handsock stoking semua perhh mashaa Allah memang cantik molek lah pakaian tu. Cun dah part pakaian tu. Tapi satu lagi part yang penting kita dah ubah kaa ? Apadiaa anakanak ? *HATI* Yaa hati. Aku masih ingat lagi pesan seorang sahabat aku. Kalau kita nak berubah mesti bermula dari hati. Selalu tajdid niat kita berubah sebab Allah bukan sebab orangg. Sangat terkesan nasihat yang dia beri. *Moga Allah selalu melindungi kamu wahai sahabat* Dan apa yang kita nak buat kann semua bermula dari hati. Maksud kat sini, kalau hati kita kotor maka apa perkara yang kita buat pun mesti jauh dari apa yang Allah suruh malah mungkin boleh jadi kita sanggup buat apa yang Allah larang. Nauzubillah.

Dan dari ituu, berubah luaran berubah jugalah dalaman. Sebab apa aku cakap lagu tuu. Sebab aku peghati lerr ni rameii remaja yang dah berubah (kat laman sosial). Post post islamik. Upload gambaq tutup aurat kemain posing ayuu. Dalam hati nii bukan main laa syaitan bisik suruh dia anggap yang "yayy diri aku dah baik dan berubah jadi baik dah alim". Allahurabbi moganya bukan kita. Buat apaa sayangkuu semua. Buat apa kita nak tunjuk kita nak berlagak kalau sedangkan hati kita ni mashaa Allah biar Tuhan yang tentukan bagaimana hati kita. *pi tengok cermin tenung lelama pikiq apa yang tengah ada dalam hati kita sekarang* Dan kat sini aku suka nak share ayat sentap dari aiman banna ~~Apakah hebatnya islam jika anda hanya show off di twitter, tapi kuncupnya islam anda bila anda berseorangan. Di mana Tuhan dalam hati anda?~~ Terasa ? Alhamdulillah tanda iman masih ada. So aku nak bagi contoh mudah facebook la kan. Ok kat fb kemain post post islamik. Memang dah macam ustazah. Itu di alam maya. Tetapi di alam nyata hakikatnya? Tepuk dada tanya iman dah bagi makan kaa belum 🙊

Then kat sini jom kita tanya, niat kita. Yes kita termasuk lahh aku sendiri. Apa sebab dan untuk siapa dan untuk apa aku berubah dan kenapa ? Yang kena jawab soalan ni diri kita sendiri. Dan jawapan mudah aku. Berubah lahh kita kerana Allah kerana nak kejar redha Allah Syurga Allah bukan sebab nak kejar redha manusia. *Ingatan buat diri sendiri in shaa Allah.* Moga tak tersasar niat kita untuk berubah. Buat apa, kita nak nampak baik depan kawan kawan kita depan makhluk Tuhan kalau seandainya depan Allah kita sebaliknya. Bukan manusia hat yang kasi redha kat kitaa. Tapi ALLAH AZZA WA JALLA. Tak penat ke kita nak pakai topeng *topeng hanya untuk encik mimpi je pakei* sebab nak nampak baik and nak tunjuk yang kita dah berubah *la konon* *tangan dibahu mata keatas* kalau hubungan kita dengan Allah failed !!

Sahabat, pakaian tidak menunjukkan atau menggambarkan siapa kita. Tetapi hati yang baik, hati yang bersih suci itulah yang menggambarkan siapa kita di hadapan Allah. Jangan lahh kita dah elok elok tutup aurat tetiba guna kata kata kesat dan sebagainya perkara yang tidak disukai Allah. *juga pesanan buat diri* terutama buat bidadari di luar sana, tajdid niat kita untuk berubah. Jom bawa ayah kita suami kita ke syurga. Jangan sibuk nak buat apa yang manusia suka tapi buat apa yang Allah suka dan redha. In shaa Allah.

Stop jadi hipokrit. Ayuh kita sama-sama ubah diri. Cari ilmu yang berguna buat kita disana. Baiki diri. Tingkatkan iman. Berubah dari hati. Berubahlah kerana Allah. Bersihkan jiwa dari segala maksiat yang kita dah banyakkkk sangat2 lakukan selama bertahun-tahun kita hidup. *Astaghfirullah1000×* :') Titiskan air mata keinsafan apabila kita kenangkan dosa dosa kita. Hinanya aku ya Allah. Dosa dosaku bagaikan pepasir di pantai. Sesungguhnya Engkau lah Pengampun dosa dosa besar. May Allah forgive all of our sins. Aamin ya rabbal 'alaminn.

*Segala kata-kata di atas adalah untuk pengajaran buat diri sendiri dan moga bermanfaat buat semua*

Tulusly from heart,
@arifahusnaa ♡

Comments

Popular posts from this blog

Sayangi rambut anda dengan cara yang betul :)

Jangan Bangga Nanti Orang Tak Suka -,-

Labuhkan Longgarkan Sempurnakan .