Sayangi rambut anda dengan cara yang betul :)
Rambut oh rambut ! Assalamualaikum . Malam ni tetiba terfikir nak buat entry pasal rambut. Ni semua gara-gara aku tension dengan rambut aku. Tapi bagi aku, sebelum kahwin ni urusan rambut tak penting sangat bagi aku. Lagipun kita pakai tudung kan, kisah apa. Bukan orang nampak pun. Haha. Tapi sebenarnya penjagaan rambut sangat penting bagi wanita :) And now, aku nak share dengan korang tips penjagaan rambut in our daily life :)
1) BERKONGSI SIKAT BOLEH MENYEBARKAN PENYAKIT.
*Setiap orang perlu ada sikatnya sendiri. Ini kerana sejumlah parasit seperti kutu mudah merebak dari satu kepala ke kepala yg lain.
2) MAKANAN MEMPENGARUHI KUALITI DAN KESIHATAN RAMBUT.
*Apa yg korang makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makanan yg seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut korang tumbuh lebih sihat dan bersinar :)
3) MENGIKAT RAMBUT DENGAN TEGANG DAN KETAT BOLEH MENYEBABKAN RAMBUT BOTAK DAN MIGRAIN.
*Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia (aku taktahu la apabenda tu). So situasi ini akan terjadi apabila korang selalu ikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Apolecia memang boleh mengakibatkan rambut botak. Then kalau makin lama, korang dapat sakit kepala dan mengakibatkan migrain. Nak tahu apa tu apolecia search la mr. google yee :D
4) BERENANG MEMBUAT RAMBUT RAPUH
*Kandungan klorin yg ada dalam air kolam renang terbukti membuat rambut kita menjadi mudah rapuh. Kerapuhan rambut akibat berenang bergantung kepada kadar klorin di dalam air dan panjang rambut kita. Tapi, ni bukan alasan untuk kita berhenti berenang sebab korang boleh mencegah klorin daripada merosakkan rambut, dengan segera mencuci rambut dengan bersih setelah berenang.
5) MEM-BLOW RAMBUT MENGGUNAKAN HAIRDRYER YG SANGAT PANAS BOLEH MENYEBABKAN KULIT KEPALA KERING & RAPUH.
*Penggunaan hairdryer dgn higher temperature dan tarikan blow yg terlampau kuat menyebabkan tekstur rambut menjadi kering & rapuh yee. Elakkan guna hairdryer setiap hari. Mengeringkan rambut dgn sendiri atau diangin-anginkan lebih baik untuk kesihatan rambut.
*Kandungan bahan buangan dari asap rokok, yg akan berkumpul pada kulit kepala akan merangsang timbulnya rasa gatal.
![]() |
Am I right ? |
Haaa. Tu jelaa tips yg aku mampu share dengan korang. Aku pun takde laa arif mana pasal rambut ni. Yg aku tau, syampu, time rambut basah memang aku tak ikat. Dah kering sapu minyak. Dan seterusnya. Mcm gitu jelaa rambut aku dijaga ;D So, mata pun dah ngantuk ._. Conclusion yg aku boleh bagi kat korang, cantik mana pun rambut korang please jaga aurat tuu yea. *peringatan bersama :) Thankss bagi yg sudi membaca. Assalamualaikum :)
Comments
Post a Comment