At the end of day its about result .


"Jika anda berhasrat untuk berjaya jangan hanya memandang ke tangga, tapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

Haiii *lambai tangan* ! Assalamualaikum you all :) Huhhhh . Akhirnya segala persoalan sudah terjawab. Selalu kalau time cuti ni aku bangun pukul 11. Harini semangat aku bangun. Nak tahu sebab apa? Sebab harini result poly keluar kauu. Berdebar jantung ni. Dengan tak sempat apa dah aku on lappy, cek result. Tapi yg penting mula-mula aku tak cek result aku dulu ! Aku cek result membe aku *qahh* dulu. Haha. Jahat tak jahat takk ? Hmm. Jelous gila kott. Cek punya cek qahh dapat 3.7 something. Dah sah sah laa dapat dekan kan >,< Untunglahh dia.


Haa. Dah puas hati cek yg orang tiba laa masanya aku cek result aku -.-" Ya Allah . Nak terberak rasa. Tuhan jee tahu perasaan aku. Dalam hati ni kata "kalau aku dapat 3.5 pun jadi laa kalau tak 4 flat pun" :D Alhamdulillah. Scroll ~~ yeayyy ! *perasaan yg teramat gembira ibarat bulan jatuh ke riba* haha . Syukur ya Allah . Aku berjaya !! 3.67 result aku. Aku tahu laa tak hebat mana result tuh kan. Tapi sungguh tidak ku sangka. Banyak kali lahh aku membelek nyaa. Betul ke kang aku rabun ke kan. Mana laa tahu. Target lain lain yg dapatnyaa (:

Puas hati dah belek yg aku. Dan dan pulak nawal text aku. Tanya nk pergi bayar yuran bila. Aku pun apalagi terus call dia. Rupanya dia tak cek lagi. Aku pun cuba ingat ic dia. Haa akhirnya lepas. No. matrik memang laa aku ingat kan. Aku pun terus login account dia. Dia dapat 3.8 kauu ! Haaa ambik nak. Jelousnyaaa. *tak bersyukur tu* haha. Apapun paling penting aku ucap laa tahniah kat dia :) Hebat laa kan. Padahal nawal tuu memain jee. Yang paling dia tak boleh tinggal phone dia. Maklum laa henset baru kan. Time nk final tuu, mana ada nampak dia dengan buku sangat punn. Aku jee yg banyak beleber kat dia. Haha. Last last dia lagi awesome :) Memang otak dia dah geliga. Aku memang dah agak pun dia mmg boleh dapat *anugerah ketua jabatan* tuhh. Tahniah kawan !


From left : Nawal , qahh , me .

Anugerah ketua jabatan ? Apakah itu :o Kalau kat politeknik kitorang panggil mcm tu. Kat u lain sama jugak laa kod. Tapi kitorang biasa panggil dekan. Dekan tu laa yg paling student impikan. Dan alhamdulillah kami berjaya. Elleh baru untuk sem 1. Subjek course kitorang pun senang jee. Setakat menaip tu mak aku boleh kann. Haha. Kalau nak tanya macam mana aku belajar sebelum final tu memang memalukan laa nk cerita kat korang. ._. DSK hanya ada 2 paper jee untuk final. Course ni mula-mula mak aku tak setuju. Mana taknya time secondary school aku ambik pure science. Tut tuutt nak sambung belajar luar daripada sains. Tapi aku kalau boleh memang laa nk lari dari biologi, physic, kimia, add math tuh ! Huhhh. Jangan berangan la kot nk dekan kalau belajar lagi subjek tuu. *bagi aku laa* Result SPM pun lintang pukang takpayah cakap laa kan. Alhamdulillah poly baik hati nk ambik aku :D

Haaa. Ceggitu laa. Okayy nk cerita la kan sebelum final aku cmner. Sebelum final dia akan ada study week tau. Dalam 3 minggu gitu laa. Aku pun dah tak ingat. Time tu laa masa korang nk reverse balik cover semua topic. Especially yg masuk final laa kan. Apa-apa yg korang tak faham, time tulaa korang tanya kat lecturer. Alhamdulillah lecturer aku semua baik hati. Paling best sekali lecturer micro. Tau laa subjek macam mana. Sangat membosankan student. Haha. Nasib laa lecturer aku pandai nk mengajar. Kalau dia tengok masing-masing dah cium meja, dia pun buat laa lawak yg tak seberapa lawak dia. Bila dia dh start bercerita tu takpayah cakap laa. 5 minit nk habis masa baru dia stop :D


Microeconomics ! Semua senior cakap senang tapi bagi aku, tu la subjek paling susah sekali. Tak sangka dapat B+ . Macam tak caya jer. Bertungkus-lumus laa kami pada malam sebelum final nak study micro. Subjek ni bagi aku dia mcm math jee. Kacang jee sebenarnya. Aku jee yg suka merumitkan keadaan. Hihi *kenyit mata* micro aku banyak buat latihan jee. Sama jugak dengan office admin :) Haa subjek ni paling aku suka. Nk study pun senang. Korang just baca, faham & hafal :) simple. hihi. cenggitu jelaa aku study. See ! sungguh rilekk. Rilekk yg teramat sangat kn. Mcm tak sesuai jee dgn result tu kan. Hoho XD Okayy laa. Now, masa untuk aku mandi. Petang ni semangat nk pergi bayar yuran. Haa bagi student poly yg taktau nk rujuk kat mana proses pembayaran tu, boleh check sini polisas :) semua maklumat ada dalam tu yee. Okayy. Terima kasih bagi yg baca :* Assalamualaikum w.b.t




Comments

Popular posts from this blog

Pandai Kau Mencuri !

Jangan Bangga Nanti Orang Tak Suka -,-

Ditindih ketika tidur o.O