Aku yakin la kebanyakan orang pernah kena tindih masa tidur kan ? Benda ni salu terjadi bila kita tidur terlentang, tak peluk pape. Dan masa kita kena tindih tu, memang rasa berat gila badan. Tak dapat nk gerakkan badan, nk gerakkan tangan pun tak boleh, nak azan ke baca ayat kursi pun tak boleh. Rasa macam ada benda tersekat kat tekak. Even nak bukak mata kemain beratnyaa >,< Haa betul tak betul tak ? Sangat menyeramkan kannn ??
Kalau orang-orang tua, diorang selalu cakap kena tindih ni masa tidur ni disebabkan gangguan jin dan syaitan. Time kena tindih ni kan memang susah nk buka mata. Tapi ada insan yg "bernasib baik" dapat bukak mata masa tu memang dapat nampak "benda" pelik tu. *wallahualam -.-"
 |
Seram wooo O.o ~
Aku pun ada pengalaman sebenarnyaa. Memang shit for the first time ! Mula-mula kena memang aku takut sangattt. Semua benda tak boleh gerak. Mata kemain susah nk bukak. Aku usaha nk baca ayat kursi sebab tu jee aku boleh fikir masa tuu. All.. Allll. Huhh ! Tak lepas jugak. Sesak nafas rasa. Aku cuba cuba dan cuba, Dalam 5 minit lepas tu, lepas jugak aku habiskan bacaan. Allahulailahailla........*sampai habis* Lepas tu aku terus ambik bantal selimut aku pergi tidur sebelah mak aku.
Bangun pagi esok, aku dah tak ingat apa-apa dah. Tetiba mak aku tanya "adik kenapa semalam?" . Haa mak aku tanya baru la aku teringat yg aku kena "tindih" semalam. Mak aku pun terkejut jugak. Dia pun marah aku mesti tak baca sebelum tidur kan? Haha. Memang pun. Penat sangat weehh. Lupa segala benda. Tahu letak kepala pastu terus tidur. Padan laa punn :D
Hahaha. Pastu aku pun search google pasal ni. FAKTA atau MITOS ? Lepas tu, aku terjumpa "kena tindih dari segi sains". Sebenarnya ada satu fenomena yg digelar "sleep paralysis" . Ya ! SLEEP PARALYSIS . Ni terjadi sebab kita tidur terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak *medulla oblongata*, jantung, dan paru-paru. Masa kita tengah syok tidur tuh tetiba otak kita teraktif sikit. Maka, secara automatik kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita time tu masih lagi dalam keadaan rehat (tidur) . So, akibat daripada itu kita akan merasakan badan seolah-olah lumpuh dan langsung tak boleh bergerak serta sedikit lemas. Apa lagi, panik terus la kan? haha
Percayalahh time tu sebenarnya masih belum sedar sepenuhnya, tapi hanya separa sedar jer. Sebab tu laa kita rasa sesangat ngantuk pastu mamai gila masa kena "himpit" tu. Bila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan rasa badan kita seolah-olah gerak sikit tapi hakikatnya badan kita sikit pun tak bergerak. Akan tetapi tak salah kalau kita percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan/jin. Rasulullah pun pernah menyebut tentang perkara ni. And kalau nk lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Uztazah :)
Fuhh. Apapun, aku nak percaya dari segi sains :) Haaa lagi satu ! Antara sebab yg menyebabkan korang kena SLEEP PARALYSIS :
- Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.
- Jadual tidur yg tak tentu arah.
- Sleep / rest deprivation (tak cukup tidur,penat sangat)
- Stress yg banyak kat otak (mcm-macam benda fikir, family la pakwe la duit la kawin la)
- Pertukaran gaya hidup secara tetiba (contohnya biasa duduk rumah tetiba berlari satu kampung "macam aku" )
- Orang yg ada penyakit narcolepsy (apabenda entah la -.-)
Haaa acaner ? So lepas ni tak payah la nk fikir bukan-bukan sangat. Think positive :) Bagi yg dah kahwin tu especially perempuan, kalau celik-celik mata jer tetiba kena tindih dek laki jangan la baca ayat kursi pulakkk. Kang terbakar pulak laki korang tuh. Bacalah alhamdulillah yea :D hahaha xoxo .
SLEEP TIGHT :) ASSALAMUALAIKUM~
|
Comments
Post a Comment