Jangan Bangga Nanti Orang Tak Suka -,-

Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih daripada orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih cantik, lebih pandai, lebih segala-mala laa. Haha :D Dia adik-beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tuh mestilah ada riak jugak kan ? Ke guane ? Hmm. Riak ni boleh membinasakan amalan. Itulah yg menjadi syirik khafi iaitu yang menyekutukan Allah dalam keadaan tersembunyi dan tidak nampak. 



Haaa ni lagi satu ! Fesbuk --" Sekarang ni kalau bebudak update status tak sah kan kalau tak dapat "20 like" dan ke atas ? Hmm. Ni laa yg dikatakan. Ada yg update status pasal agama. Nak berdakwah di facebook nak bagi "orang" like ke nak bagi "Allah" like ? Hukhuk. Ni la pasalnyaa kan. Haha. Macam-macam laa dunia sekarang. Semua berkejar-kejar nak "famous". Upload pic sana sini. Wahh bila ramai like bangga lah kn. Apa-apa yg dibuatnya, apa-apa yg dia ada semua nk share dlm fesbuk kan. Nak tunjuk kat siapa pun entah la :D Kena kutuk lagi ada lah kan. Orang yg dulu suka kat kita pun jadi menyampah kat kita. Haa acanorr tu? Hehe. Zaman sekarang ni kan. Dunia cyber dh semakin berleluasa. Cenggini laa jadinya.

Ya Allah, engkau terimalah ibadatku. Sempurnakan lah imanku. Jauhkan lah aku dari sifat "riak" dan "takabbur". Ya Allah, berkatilah aku dunia dan akhirat. Amin amin ya Rabb al'alamin :)) Inshaa Allah sesungguhnya dengan kita sentiasa meminta, memohon, berdoa kepada Allah semuanya akan dipermudah. Aminn. Ingat yee ! Elakkan riak dengan apa sahaja yg kita ada. Kerana apa yg kita miliki hari ini adalah milik Allah dan Allah akan ambil balik pada bila-bila masa jerr. *note to myself* 




Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Entry ni takde kena-mengena dgn sesiapa yee :) maaf ada ayat yg menyakitkan hati. Ni semua untuk peringatan buat diri aku sendiri jugak act. Hee. Gnight ! Assalamualaikum...


Comments

Popular posts from this blog

Pandai Kau Mencuri !

Ditindih ketika tidur o.O