MENJIWAI SALAM *salam jumaat*


Ehem ehemm. Assalamualaikum w.b.t :) Cepatnya la masa berlalu kan. Semakin cepat masa berlalu semakin hampir kiamat dengan kita. Harini dah hari jumaat. Penghulu bagi segala hari. Hari jumaat juga hari kiamat akan berlaku. Banyak keistimewaan tentang hari jumaat ni kan. Time form 5 pun ada belajar kan pasal tu. Hihi. Tapi sekarang aku taknak buat entry pasal hari jumaat tapi aku nak cerita tentang "assalamu'alaikum" yg juga terdapat dalam al-Quran, surah ar-Ra'd : ayat 24.

Assalamu'alaikum (salam sejahtera ke atas kamu). Ini adalah ucapan yg sering kita gunakan ketika berjumpa seseorang tak kisah la depan muka ke depan muka buku ke dalam phone ke dan sebagainya. Tapi adakah cara kita bagi salam tu betul? Ada juga sesetengah orang yg guna "as-salam" ataupun "salam. Kedua-dua ni masih menepati singkatan yg mewakili "assalamualaikum" . *tapi ada hujah lain yg mengatakan kalau guna singkatan akan menyatakan maksud yg lain*. Maka yg terbaik adalah "assalamu'alaikum" . Dan yg paling terbaik ialah "assalamu'alaikum warahmatullah" dan bagi yg paling rajin, guna lahh "assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh" :)



Haa tengok ! Lembu pun tahu nk bagi salam sebenarnya kan. Dia pun makhluk tuhan sama macam kita. Cuma bezanya kita ada otak dan akal tapii binatang takde akal tapi ada otak. Haha. Panjang lebar pulak aku beleter. Baiklah sekarang jumm kita bincang pasal menjiwai salam. Okayy sesetengah orang ni dia hanya bagi salam cuma di mulut saje. Tapi kat hati diorang ada yg tidak mendoakan kesejahteraan bagi orang yg menerima salam. Yelaa memang kita tak boleh baca hati orang, tapi sebenarnya aku pun cenggitu :D bagi salam jee tapi hati aku tak mendoakan pun orang tu. Entry aku ni pun peringatan kat diri aku sendiri jugak sebenarnya.

Sebenarnya mulut kita ni kalau dah cakap benda yg baik pun dah dapat pahala tau walaupun kat dlm hati kita tak. Tapii sebaik-baiknya kita nk dapat tahap kedua yg paling mendalam dalam hati kita ialah dengan mulut kita bercakap, kita sekaligus mendoakan yg baik untuk orang lain :) Itu yg paling baik. Ni pun salah satu cara yg paling mudah untuk kita dapat pahala kan? Simple jee :) Kita bagi salam, doakan orang, dah dapat pahala. Tidak dinafikan lagi Tuhan Maha Pemurah :) *ALLAHUAKBAR*

Pastu lagi satu, kalau korang satu family keluar rumah kan. Masuk-masuk rumah mesti korang terfikir, buat apa nk bagi salam sedangkan takde orang pun dalam rumah. Tapi sebenarnya ada malaikat yg menjaga rumah kita dengan baik. Sesungguhnya bila kita masuk rumah tak kisah la ada orang ke tak ke, bagi la jugak "assalamu'alaikum" . Kalau aku, aku selalu cakap "assalamu'alaina wa'alaibadillahi solihin" . Dan paling penting sekali kalau korang balik rumah time maghrib. Korang kena bagi salam. Ini sebabnya time maghrib banyak syaitan-syaitan yg ikut korang dari belakang. Korang jee yg tak perasan. So, kalau korang bagi salam sebelum masuk rumah, syaitan-syaitan laknatullah tu tak lahh ikut korang masuk sekali :)

Salam adalah rahsia kesejahteraan hidup. Kalau kita hidup dengan sentiasa memberi salam, itu bermakna kita saling memberi kesejahteraan kepada orang lain dan diri kita sendiri jugak. Dengan ini, Allah akan selalu merahmati hidup kita :) Selagi ada salam selagi itu laa hati kita bertaut kepada Allah S.W.T. Ni jelaa yg mampu aku share dengan korang. Kalau ada yg salah tu, tolong betulkan yee :) Yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri sendiri :) Terima kasih bagi yg membaca yee. Assalamu'alaikum.

"Sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yg terlebih dahulu memberikan salam"
-Riwayat Abu Daud- 







Comments

Popular posts from this blog

Pandai Kau Mencuri !

Jangan Bangga Nanti Orang Tak Suka -,-

Ditindih ketika tidur o.O